Biografi Ulama : Mengenal Ulama Madzhab Imam Abu Hanifah/Imam Hanafi




IMAM HANAFI



Biografi Imam Hanafi

Imam Abu Hanifah dikenali dengan sebutan Imam Hanafi di kalangan muslimin di nusantara. Nama asalnya ialah Abu Hanifah, Nu’man bin Tsabit bin Zutha bin Mah al-Farisi al-Kufi, Maula (hamba) kepada Taim Allah bin Tsa’labah dari kalangan kelompok Hamzah al-Zayyat tokoh Fiqh di Iraq dan pemimpin Madrasah Ahl al-Ra`yi.

Datuknya yaitu Zutha adalah berketurunan Parsi, kemudiannya Zutha telah memeluk Islam. Beliau merupakan seorang hamba yang dimerdekakan dan ada setengah pihak berpendapat bahawa dia tidak pernah menjadi hamba. Bapanya pula adalah Tsabit yang dilahirkan dalam Islam.

Imam Abu Hanifah lahir di Iraq pada tahun 80 Hijrah (699M) pada masa pemerintahan Bani Umayyah yaitu Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Ayah dan datuk Abu Hanifah sempat bertemu dengan sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam iaitu Ali bin Abi Thalib di Iraq.

Pada zaman tersebut masih terdapat empat orang ulama sahabat yang masih hidup yaitu Anas bin Malik di Basrah, Abdullah bin Abu Aufa di Kufah, Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi di Madinah dan Abu al-Thufail ’Amir bin Watsilah di Makkah.

Namun, para ulama sendiri berselisih pendapat mengenai cerita Abu Hanifah bertemu dengan tokoh sahabat ini. Bagi sesetengah periwayat sejarah seperti Ibn Khalikan, Ibn Sa’ad dan al-Waqidi menjelaskan bahawa beliau pernah bertemu dengan Anas bin Malik.

Beliau digelar dengan Abu Hanifah yang bermakna suci atau lurus kerena kesungguhannya dalam beribadah sejak kecil, berakhlak mulia serta menjauhi perbuatan dosa dan keji.

Gelaran ini merupakan berkat dari doa Ali bin Abu Thalib, kerena pernah satu ketika ayahnya yaitu Tsabit dibawa oleh datuknya Zutha untuk menziarahi Ali bin Abu Thalib yang berada di Kufah akibat pertikaian politik yang menggoncang umat Islam kala itu. Ali bin Abu Thalib mendoakan agar keturunan Tsabit kelak akan menjadi tokoh utama di zamannya dan doa itu pun terkabul dengan hadirnya Imam Abu Hanifah. Namun, tidak lama kemudian ayahnya meninggal dunia.

Pada masa remajanya, dengan segala kecemerlangan otaknya Imam Hanafi telah menunjukkan kecintaannya kepada ilmu pengetahuan, terutamanya yang berkaitan dengan hukum Islam.

Sekalipun beliau adalah anak dari seorang peniaga kaya di Kufah, namun beliau amat menjauhi kehidupan yang mewah. Begitu juga, setelah beliau menjadi seorang pewaris perniagaan yang berjaya, hartanya lebih banyak didermakan kepada hal kebajikan dibanding untuk kepentingannya sendiri.

Di samping kesungguhannya dalam menuntut ilmu fiqh, beliau juga mendalami ilmu tafsir, hadis, bahasa Arab https://cse.google.com/cse?cx=partner-pub-3911921815512938%3A0761176136&ie=UTF-8&q=google&sa=Search&siteurl=www.linuxmint.com%2Fstart%2Ftina%2F&ref=&ss=2919j2534415j6&sitesearch=dan berbagai lagi ilmu Islam. Beliau mempelajari ilmu dari gurunya seperti Imam Hammad bin Abi Sulaiman merupakan murid kepada Ibrahim al-Nakhaii. Imam Hammad sendiri mempercayainya untuk memberi fatwa dan pelajaran fiqh kepada murid-muridnya sendiri.

Beliau turut belajar dari ’Atha` bin Abi Rabah, Nafi’ Maula Ibn Umar, Qatadah dan juga al-Aswad bin Yazid. Antara tokoh ulama Syiah yang sempat beliau temui dan kutip ilmu dari mereka adalah Imam Zaid bin Ali dan Jaafar al-Sadiq.

Rekan dan anak muridnya yang mempelajari ilmu daripadanya ialah Qadhi Abu Yusuf (w.182H), Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani (w.189H), Zufar bin Huzail (w.158H), Abdullah bin al-Mubarak dan Waki’ bin al-Jirah.

Kecemerlangannya ini telah membuat gurunya yaitu Imam Hammad mengambilnya sebagai pengganti di dalam majlis ilmunya beberapa lama. Sepeninggalan gurunya itu, beliau telah dikemukakan dengan 60 soalan yang dijawabnya.

Sepulangnya Hammad semula, beliau telah mengemukakan semula 60 soalan itu kepada gurunya untuk dijawab, sebagaimana ulasnya:
“Beliau sependapat denganku sebanyak 40 isu dan menyelisihi denganku sebanyak 20 isu permasalahan tersebut. Lantas aku berazam pada diriku untuk tidak berpisah dengannya sehinggalah dia meninggal dunia.”

Akhirnya, Imam Abu Hanifah mengambil tugasan gurunya untuk mengajar dan berfatwa selepas beliau meninggal dunia. Malahan, didapati oleh kaum muslimin ketika itu bahawa beliau adalah seorang yang paling layak diikuti pendapat dan fatwanya.

Para pendukung kepada usul mazhabnya semakin ramai dan kian banyak disebarkan. Para tokoh sezaman dengannya mengetahui kelebihan beliau di dalam lapangan ijtihad dan fatwa.

Sebagaimana dinyatakan oleh Jaafar bin al-Rabi’:
“Aku berdampingan dengan majlis ilmu Abu Hanifah selama 5 tahun dan aku tidak pernah beliau diam dalam masa yang lama (untuk berfikir). Apabila ditanya tentang persoalan fiqh, beliau akan memberikan pendapatnya bagaikan arus air dari lembah yang deras dan aku mendengar dengan jelas setiap perkataannya. Beliau adalah seorang yang paling utama dari aspek Qiyas.”

Imam al-Syafii berkomentar:
“Manusia di dalam bidang fiqh ini amat memerlukan kepada pendapat Abu Hanifah.”

Berkata pula Qadhi ’Iyadh al-Yahsubi:
“Beliau merupakan salah seorang yang diterima oleh mayoritas orang ramai dengan pendapat yang begitu baik, kritis dan bijak dalam hal Qiyas. Memahami fiqh dengan baik dan merupakan salah seorang tokoh utama di dalamnya, namun beliau bukanlah seorang tokoh di bidang hadis. Malahan tidak diasingkan ilmunya dalam hal tersebut sekalipun tidak terdapat sebarang karya berkaitan hadis dinyatakan serta tidak pernah disebutkan darinya oleh pakar hadis sahih (Imam al-Bukhari dan Muslim) sebarang hadis walaupun satu huruf.”

Beliau adalah seorang yang bertakwa, berakhlak mulia dan seringkali mengeluarkan hartanya kepada para penuntut ilmu.

Al-Fudhail bin ’Iyadh menyifatkan beliau:
“Abu Hanifah adalah seorang yang faqih dan terkenal dengan ilmu fiqh dan begitu wara. Beliau juga mempunyai harta yang banyak, terkenal dengan sikap pemurahnya dengan mengeluarkan nafkah kebajikan semampunya. Amat bersabar dalam mengajar ilmu siang ataupun malam, kuat beribadah pada waktu malam, sering diam dan kurang bercakap dalam perkara yang tidak perlu. Sering mengelakkan diri daripada harta yang diberikan oleh pihak pemerintah.”

Dikenali Imam Abu Hanifah ini merupakan seorang yang tegas mempertahankan kebanaran dan begitu keras dalam pendiriannya. Akibatnya, beliau ditimpa ujian pada zaman Bani Umayyah. Apabila Gabenur Iraq yaitu Yazid bin Umar bin Hubairah pada masa pemerintahan khalifah Marwan bin Muhammad menawarkan jabatan hakim kepada beliau. Tetapi dengan mudah beliau menolaknya dan ini membuat Yazid begitu marah dan beliau dihukum dengan 110 kali sebatan. Setiap hari Imam Abu Hanifah disebat sebanyak 10 kali sehinggalah mereka merasa bosan dengan pendirian beliau itu, lalu dilepaskan atas tekanan orang ramai terhadap pemerintah.

Pendirian tegas Imam Abu Hanifah ini dapat dinilai dari ungkapannya:
“Demi Allah, aku tidak akan menduduki jawatan itu, sekalipun aku dibunuh kerananya!”

Kesabaran serta kecekalan beliau dalam menghadapi ujian tersebut jelas dinyatakannya:
“Hukuman dunia dengan sebatan ini masih baik dan lebih ringan bagiku daripada sebatan di akhirat kelak.”

Imam Abu Hanifah sempat menyaksikan peralihan kuasa kerajaan dari tangan Bani Umayyah ke tangan Bani Abbasiyah. Semasa zaman Abu Jaafar al-Mansur pula, Imam Abu Hanifah sekali lagi mendapat tawaran untuk menjadi hakim di Kufah. Jawaban yang sama diberikan olehnya yaitu enggan menjabat kehakiman negara. Khalifah Abu Jaafar sendiri bersumpah bahwa beliau harus menerima jabatan itu. Namun, Abu Hanifah tetap menolak dan bersumpah tidak akan menerimanya.

Ketika ketegangan itu, seorang muridnya yang sudah menjadi pegawai kerajaan, menasihatinya, “Apakah tuan akan tetap menolak kehendak khalifah, sedangkan khalifah telah bersumpah untuk memberikan kedudukan tinggi kepada tuan?”.
Imam Hanafi dengan tegas menjawab: “Amirul mukminin lebih mampu membayar kifarat sumpahnya daripada aku membayar kifarat sumpahku!” Khalifah Abu Jaafar al-Mansur memerintahkan Imam Abu Hanifah ditangkap dan disumbat ke dalam penjara Baghdad.

Pada saat Abu Jaafar mengeluarkan Imam Abu Hanifah dari penjara sekali lagi beliau membujuk agar Imam Abu Hanifah menerima jabatan tersebut dan beliau hanya menjawab dengan lemah lembut dan senyuman manis:
“Demi Allah! Jika aku menghendaki akan kemewahan hidup di dunia ini, tentu aku tidak dipukul dan dipenjarakan. Tetapi aku menghendaki keredaan Allah semata-mata dan untuk memelihara ilmu pengetahuan yang telah aku dapati. Aku tidak akan memalingkan pengetahuan yang aku pelihara selama ini kepada kebinasaan yang dimurkai Allah.”

Imam Abu Hanifah mengetahui apa yang bakal terjadi jika dia menerima ajakan pemerintah pada waktu itu. Ini kerana pemerintahan Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah berdiri bukan di atas dasar sunnah Rasul, sebaliknya segala fatwa yang bakal dinyatakannya itu sudah pasti perlu mengikut telunjuk dan kehendak pihak kerajaan.

Pada zamannya itu, terdapat tiga orang ulama yang menjadi pendebat tradisi keilmuannya iaitu Sufyan al-Tsauri iaitu ulama hadis yang menolak pendapat Ahl al-Ra`yi yang lebih mengutamakan Qiyas daripada hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Syuraik bin Abdullah al-Nakhaii yang menjadi pesaingnya serta Ibn Abi Laila yang mengkritik Abu Hanifah dalam permasalahan Qadha dan Qadar.

Begitulah kisah Imam Abu Hanifah yang begitu tegar, kukuh mempertahankan kebenaran walaupun ujian pangkat, harta, bahkan siksaan yang terpaksa dilaluinya. Beliau sendiri berpesan agar tidak dikebumikan pada saat kematiannya di tanah perkuburan yang dirampas oleh pihak pemerintah.

Pada tahun 150 hijrah beliau telah meninggal dunia di Baghdad, diceritakan orang sewaktu mengiringi jenazahnya, jalan penuh sesak dengan manusia yang turut hadir untuk memberikan penghormatan kepadanya.

Menurut para ahli sejarah bahwa diantara para guru Imam Hanafi yang terkenal adalah :
1. Anas bin Malik
2. Abdullah bin Harits
3. Abdullah bin Abi Aufa
4. Watsilah bin Al-Asqa
5. Ma’qil bin Ya’sar
6. Abdullah bin Anis
7. Abu Thafail (Amir bin watsilah)

Adapun para ulama yang pernah beliau datangi untuk dipelajari ilmu pengetahuannya sekitar 200 orang yang kebanyakan dari mereka adalah dari golongan thabiin (orang-orang yang hidup dimasa kemudian setelah para sahabat Nabi).

Diantara para ulama yang terkenal itu adalah : Imam Atha’ bin Abi Rabbah (wafat tahun 114 H) dan Imam Nafi’ Maula Ibnu Umar (wafat tahun 117 H).

Sedangkan ahli fikih yang menjadi guru beliau yang paling terkenal adalah Imam Hammad bin abu Sulaiman (wafat tahun 120 H), Imam Hanafi berguru ilmu fikih kepada beliau dalam kurun waktu 18 tahun.

Para guru Imam Hanafi yang lainnya adalah : Imam Muhammad Al-Baqir, Imam Ady bin Tsabit, Imam Abdurrahman bin Hamzah, Imam Amr bin Dinar, Imam Manshur bin Mu’tamir, Imam Syu’bah bin Hajjaj, Imam Ashim bin Abin Najwad, Imam Salamah bin Kuhail, Imam Qatadah, Imam Rabi’ah bin Abdurrahman, dll.

Cara Imam Hanafi dalam memberikan pengajaran :
Imam Hanafi dalam memberikan pengajaran kepada murid-muridnya yang telah dewasa ialah dengan menekankan agar murid-muridnya dapat lebih kritis dan dewasa dalam berfikir, tidak hanya menitik beratkan kepada apa yang telah beliau jelaskan saja.

Dengan maksud agar para murid-muridnya dapat mencari dan menyelidiki dari mana asal dan sumber pengetahuan yang beliau sampaikan serta membahas hukum-hukun agama dengan sebaik-baiknya, seluas-luasnya dan dengan arti kata yang sebenarnya mengikuti ajaran Allah dan sunah-sunah rasulnya.

Lebih jelasnya bahwa Imam Hanafi terhadap para muridnya hanya selaku pengajar (guru) saja dan tidak terikat pribadi beliau. Mereka diberi kemerdekaan untuk berfikir, dibebaskan untuk memecahkan masalah-masalah yang perlu dipecahkan. Bahkan sewaktu-waktu diperkenankan untuk membantah terhadap pengajaran-pengajaran dan atau pendapat-pendapat beliau tentang segala masalah yang kiranya terasa olehnya menyalahi wahyu ilahi atau berawanan dengan hadits nabi, yang disertai dengan penyelidikan akal yang bersih, murni dari segala macam pengaruh.

Dasar-dasar hukum Madzhab Imam Hanafi : Sebagaimana telah sedikit kami jelaskan diatas tentang cara Imam Hanafi dalam memberikan pengajaran, yaitu dengan memberi kebebasan berfikir terhadap murid-muridnya mengenai masalah-masalah baru yang belum didapatkan dalilnya dari Al-Qur’an dan dari As-Sunah

Dan mereka dilarang bertaqlid dengan beliau, maka sewaktu-waktu para murid beliau yang terpandang dapat diajak bermubahatsah (bertukar fikiran) membicarakan masalah-masalah yang harus dipecahkan dan dicari alasannya dari segi Qur’an dan Sunah.

Imam Muhammad bin Hasan pernah meriwayatkan, bahwa Imam Abu Hanifah sering kali mengajak bermunadharah, bermubahatsah, berunding dan bertukar fikiran dengan para murid atau dengan para sahabat dekat beliau, tentang soal-soal hukum qiyas, dengan cara bebas dan merdeka.

Sewaktu-waktu para murid beliau membantah kepada pendapat-pendapat yang dikemukakan beliau, kemudian Imam Abu Hanifah menjawab “saya istihsan atau mencari kebagusan” dan para murid beliaupun tunduk kepada beliau dengan perkataan istihsan tadi.

Secara garis besar bahwa dasar-dasar Madzhab Imam Hanafy adalah bersandar kepada :
  1. Al-qur’an
  2. Sunnah Rasulullah dan atsar-atsar yang shahih serta telah terkenal diantara para ulama yang ahli
  3. Fatwa-fatwa dari para sahabat
  4. Qiyas
  5. Istihsan Adat yang telah berlaku dikalangan masyarakat umat islam
Demikian dasar-dasar madzhab Imam Hanafi yang sebenarnya, sebagaimana telah diketahui oleh para ulama ahli ushul fiqih. Para Murid Imam Hanafi yang terkenal :
Menurut riwayat para ulama sejarah dikatakan bahwa Imam Hanafi mempunyai murid yang luar biasa banyaknya, namun dari seluruh murid-muridnya itu ada 4 murid yang sangat terpandang atau terkenal dan sampai sekarang masih sering disebut-sebut di kalangan umat islam, yaitu :

1. Imam Abu Yusuf Ya’qub bin Ibrahim Al-Ansori, (lahir tahun 113 H).
Sebelum Imam Abu Yusuf menimba ilmu kepada Imam Hanafy, pertama kali ia menimba ilmu dari Imam Abi Laila, sampai beberapa tahun lamanya di kota Kufah, namun entah apa sebabnya kemudian ia berpindah menimba ilmu pengetahuan kepada Imam Hanafi.

Pada masa itu Imam Abu Yusuf merupakan kepala murid dari Imam Hanafi dan banyak pula membantu Imam Hanafi, beliau pula yang pertama kali menghimpun catatan-catatan dan pelajaran-pelajaran dari Imam Abu-Hanifah yang selanjutnya beliau pula yang menyiarkan pengetahuan dan pendapat-pendapat Imam Hanafi di berbagai tempat.

2. Imam Muhammad bin Hasan bin Farqad Asy-Syaibani (132 – 189 H)
Dari sejak usia muda Imam Muhammad bin Hasan gemar menuntut berbagai macam ilmu pengetahuan agama, kemudian dengan perantaraan para ulama irak, lalu beliau belajar dan menimba ilmu kepada Imam Hanafy.

Belum berapa lama beliau belajar kepada Imam Abu Hanifah, tiba-tiba Imam Abu Hanifah Wafat padahal pada saat itu beliau baru berusuia 18 tahun. Oleh sebab itu, beliau melanjutkan pendidikannya kepada Imam Abu Yusuf karena mengetahui bahwa Imam Abu Yusuf adalah murid Imam Abu Hanifah yang paling terkenal.

Akhirnya Imam Muhammad bin Hasan termasuk menjadi seorang alim yang besar yang banyak memiliki ilmu pengetahuan tentang hukum-hukum agama dan cabang-cabangnya, beliau pula termasuk golongan ulama ahli ra’yi.

3. Imam Zafar bin Hudzail bin Qais ( 110 – 158 H )
Pada mulanya beliau rajin mempelajari ilmu hadits, kemudian berbalik pendirian amat suka mempelajari ilmu akal atau ra’yi. Sekalipun demikian, beliau tetap menjadi seorang yang suka belajar dan mengajar.

Dan selanjutnya belaiu terkenal sebagai mantan murid Imam Hanafi yang terkenal ahli qiyas, tergolong seorang yang terbaik pendapat-pendapatnya dan pandai tentang mengupas soal-soal keagamaan serta ahli ibadat.

4. Imam Hasan bin Ziyad Al-Luluy ( Wafat tahun 204 H )
Beliau adalah murid Imam Hanafi yang terkenal dan pernah pula belajar kepada Imam Ibnu Jurajj dan lain-lainnya. Setelah wafatnya Imam Hanafi, beliau lalu menimba ilmu kepada Imam Abu Yusuf kemudian kepada Imam Muhammad bin Hassan setelah Imam Abu Yusuf wafat. Imam Hasan bin Ziyad termasuk kepada golongan murid Imam Hanafi yang terkenal di bidang ilmu fiqih.

Wafatnya Imam Hanafi

Didalam satu riwayat dikisahkan bahwa suatu hari Abu Jafar Al-manshur memanggil Imam Abu Hanifah, Imam Sufyan Ats Sauri, dan Imam Syarik An Naha’y untuk datang dan menghadap kepadanya. Setelah mereka bertiga menghadap baginda raja, kemudian mereka satu persatu diberikan jabatan sebagai qadhi.

Imam Abu Sufyan dipercaya untuk menjadi wadhi di kota Bashrah, Imam Syarik diberikan kepercayaan untuk menjadi qadhi di ibu kota, dan Imam Abu Hanifah menolak jabatan tersebut,
selanjutnya baginda raja memerintahkan mereka untuk berangkat ke kota tempat mereka harus bertugas dan memberikan ancaman bahwa “ barang siapa menolak jabatan yang diberikan oleh baginda raja akan menerima hukuman berupa cambukan seratus kali pukulan”

Imam Syarik menerima jabatan itu dan segera menempati kota tempat ia harus melaksanakan tugas sebagai qadhi, Imam Abu Sufyan menolak jabatan tersebut dan melarikan diri ke Yaman, sementara Imam Abu Hanifah menolak jabatan tersebut dan tidak pula melarikan diri kemanapun.

Oleh sebab itu Imam Abu Hanifah dipenjarakan dan diberi hukuman seratus kali cambukan serta dikalungkan di lehernya besi yang sangat berat.

Selama menjalani hukuman penjara dan hukuman cambuk tersebut, tidak henti-hentinya Al-Manshur memberintahkan kepada Ibunya (Imam Hanafi) untuk merayu putranya agar mau menerima jabatan sebagai qadhi.

Namun dengan jawaban yang tegas beliau tetap menolak jabatan tersebut hingga pada suatu hari Al-Manshur memanggil beliau dan memberikan satu gelas air yang telah dicampur dengan racun serta memaksa Imam Abu Hanifah untuk meminumnya.

Setelah meminum air yang diberikan oleh Al-Manshur tersebut, Imam Abu Hanifah dimasukan kembali kedalam penjara, dan pada saat itu pula dalam keadaan bersujud Imam Abu Hanifah wafat.

Imam Abu Hanifah wafat pada tahun 150 H (767 M) pada usia 70 Tahun dan jenazahnya di makamkan di Al-Khaizaran, sebuah tempat pekuburan yang terletak di kota Baghdad, dan dikatakan dalam riwayat yang lain bahwa pada waktu itu pula lahirlah Imam Syafii.

Gambar Keren : Link

No comments